< Kembali

Tarif Trump: Malaysia kena 25 peratus, negara lain hingga 40 peratus

Berita
Sinar Harian
8 Hari

WASHINGTON – Malaysia kini tersenarai antara negara yang akan dikenakan tarif import sebanyak 25 peratus oleh Amerika Syarikat (AS) susulan pengumuman terbaharu Presiden Donald Trump sekali gus menandakan permulaan fasa baharu dalam siri tindakan perdagangan terhadap beberapa negara rakan dagang utama Washington.

Dalam kenyataan rasmi yang dimuat naik ke platform Truth Social, Trump mengumumkan, kadar tarif baharu itu akan berkuat kuasa mulai 1 Ogos, melibatkan barangan dari Malaysia, Jepun, Korea Selatan dan Kazakhstan dengan kadar berbeza dikenakan ke atas negara lain.

Teruskan membaca di Aplikasi
Top Publisher On SEENI
Artikel Berkaitan