SHAH ALAM – Malaysia sudah mengambil langkah ke depan dalam menangani pelaksanaan tarif yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Rabu lalu.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, langkah itu diambil ekoran Malaysia sudah menjangkakan potensi kenaikan tarif berkenaan.