Tarif Trump ditangguh selama 90 hari sejak April selepas ia menyebabkan ekonomi global terumbang ambing. Bagi Malaysia tarif 24% yang dikenakan adalah melampau dan adalah antara yang tertinggi dikenakan. Penangguhan pada asalnya akan tamat pada 9 Julai tetapi kini Presiden Trump mengatakan ia akan dilanjutkan pula ke 1 Ogos.
Ini menurut beliau kerana Amerika Syarikat sedang memuktamadkan beberapa pakatan perdagangan dalam beberapa hari akan datang dan akan mengumumkan kadar tarif yang lebih tinggi menjelang 9 Julai. Trump turut mengumumkan negara ahli BRICS akan dikenakan tarif tambahan 10%. Tarif tambahan dikenakan kerana BRICS didakwa mengamalkan polisi anti Amerika.