KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu segera menyatakan pendirian dan pelan dalam menghadapi gelombang tsunami ekonomi susulan pelaksanaan tarif balas sebanyak 24 peratus oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas barangan tertentu dari Malaysia, yang didakwa mampu melumpuhkan beberapa sektor penting negara.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi berkata, sikap berdiam diri kerajaan kini menimbulkan persoalan sama ada negara bersedia menghadapi kesan besar yang dijangka berlaku terhadap ekonomi negara.