KUALA LUMPUR – Tiada dasar utama negara termasuk hak Bumiputera, keperluan vendor tempatan atau perlindungan sektor strategik akan dikompromi dalam sebarang rundingan yang melibatkan isu tarif timbal balas Amerika Syarikat (AS).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kajian terhadap halangan bukan tarif (NTB) hanya akan melibatkan peraturan yang tidak lagi relevan dan semua perubahan akan dilakukan melalui proses yang telus serta inklusif.