GEORGE TOWN – Tahap kebersihan tandas awam di Pulau Pinang adalah baik dan secara puratanya berada dalam kategori antara 3 hingga 4 bintang.
Exco Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa, H’ng Mooi Lye berkata, sejak 2008 sehingga kini, Pulau Pinang sentiasa mementingkan status sebagai Negeri Hijau dalam menjaga kebersihan termasuk tandas awam di seluruh negeri ini.