MIRI – Mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Fatimah Dawi, 71, ditemukan pada jam 6.06 petang oleh petugas penyelamat, kata Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu.
Beliau yang merupakan komander operasi menyelamat berkata, mayat wanita warga emas itu berjaya dikeluarkan dari lokasi kejadian pada jam 6.26 petang.