KUALA LUMPUR – Ahli keluarga wanita warga India yang masih hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini berharap dapat menatap wajah mangsa.
Perkara itu dikongsi oleh Pegawai Khas Hal Ehwal Kaum India kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi iaitu Arvend Appiasamy selepas mengadakan pertemuan dengan ahli keluarga mangsa.