KOTA BHARU – Suasana di Tambatan Diraja Kota Bharu meriah dengan orang ramai yang datang menyaksikan paras air sungai yang kini sudah melimpah ke daratan.
Bagi menyaksikan keadaan itu, mereka sanggup meletakkan kenderaan lebih 500 meter dan berjalan kaki ke kawasan yang dinaiki air mencecah sehingga 0.4 meter.