ALOR SETAR – Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Perlis dan Kuala Kedah berkuat kuasa 1 Januari 2025.
Pengurus Operasi Langkawi Ferry Line Ventures, Norhafiz Abdul Wahid berkata, kenaikan itu adalah di antara RM3 hingga RM10.50 sehala mengikut kategori penumpang dan laluan perjalanan.