SHAH ALAM – Taman Tema Genting SkyWorlds menawarkan harga tiket serendah RM36 buat pengunjung bermula dari 8 Februari hingga 31 Ogos depan sempena Jubli Intan Resorts World Genting (RWG).
Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam RWG, Spencer Lee berkata, tiket Standard 1-Hari ditawarkan serendah RM36 iaitu harga asal RM84, khusus buat rakyat Pahang yang layak mengikut kod negeri 06, 32, dan 33 pada kad pengenalan.