AMPANG – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 510 notis kompaun terhadap bas ekspres, bas persiaran dan kenderaan barangan dalam Ops Khas Pemakaian Tali Pinggang Keledar di seluruh negara sejak 1 Julai lalu hingga Sabtu.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, daripada jumlah itu, notis kompaun dikeluarkan terhadap pemandu ialah 80.