JOHOR BAHRU – Taktik dua lelaki warga Singapura menggunakan bot rekreasi untuk menyeludup ubat batuk terkawal untuk dijadikan dadah terbongkar apabila Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 melakukan pemeriksaan di jeti Masai pada jam 6 petang, pada Selasa.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, selain dua lelaki warga Singapura berusia 45 dan 50 tahun itu polis turut merampas lima tong yang mengandungi cecair hitam berjumlah 130 liter disyaki ubat batuk terkawal bernilai RM75,150.