SAYA sempat membaca dengan penuh teliti dan minat suatu laporan di portal Malaysiakini bertajuk ‘Academic: Pas dangerous for nation, Akmal ‘kitten’ in comparison’, namun ia kemudiannya bertukar menjadi kecewa, terutama sekali berhubung tema dan rumusan yang cuba diketengahkan.
Rasa minat itu lahir kerana laporan tersebut melibatkan Pas secara langsung selain berkait isu-isu penting, termasuk masa depan negara, dari sudut pandang seorang ahli akademik yang agak ternama, iaitu Prof Dr Mohd Tajuddin Rasdi.