SHAH ALAM – “Tak sampai hajat saya mahu jumpa dan belanja Wafi makan hujung bulan ini sempena dia tamat latihan, tak sangka dia ‘pergi’ dahulu”.
Demikian luah kawan baik Allahyarham Konstabel Akmal Wafi Annuar, 28, yang terkorban bersama lapan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Perak.