ALOR SETAR – Mana-mana parti politik boleh mempersiapkan diri sebagai ‘kerajaan menanti’ di Kedah kerana negara ini mengamalkan sistem demokrasi.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, namun keputusan sama ada kerajaan sedia ada kekal memimpin atau sebaliknya bergantung pada pilihan rakyat pada pilihan raya.