KLANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar segelintir pihak yang membuat tuduhan liar ke atas dirinya yang dilihat tidak berkesudahan.
Beliau yang kesal dengan tuduhan liar itu memberitahu terdapat isu yang sudah berlaku puluhan tahun lalu yang diungkit kembali sekali gus mendatangkan fitnah.