Isteri kepada personaliti media sosial, Andika Putera iaitu Dr Amalina Aiza tampil menjawab pertanyaan netizen susulan gambar yang dimuat naik suami bersama bekas isterinya, Ananda Natasha baru-baru ini.
Menurut Dr Amalina, masing-masing mempunyai tugas untuk memastikan anak mereka, Alisha membesar dengan baik.
Kata Dr Amalina lagi, sebagai seorang isteri dia juga perlu bersikap matang dan memahami keadaan suaminya.