Baru-baru ini, anak sulung kepada penyanyi Lan Solo, Nur Amna Qaleesya (15) mencuri perhatian masyarakat apabila beliau dan pasukannya muncul sebagai juara kategori tarian kuartet di 3rd International Competition ‘Etoiles De Paris’ UAE-England-France 2025 yang berlangsung di Paris, Perancis.
Menerusi perkongsian di Instagram milik Lan, beliau menzahirkan rasa bangga dan bersyukur atas kejayaan yang diraih oleh puteri kesayangan bersama rakan-rakan yang mewakili Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (SSEMKL) membawa pulang tempat pertama dan anugerah tertinggi iaitu Grand Prix.