TANJUNG MALIM – Masjid Al-Mursyidin, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menganjurkan bacaan tahlil selama tujuh malam berturut-turut sebagai penghormatan terakhir kepada rakan yang terkorban dalam nahas bas di Jalan Raya Timur–Barat, Banun, Gerik awal pagi Isnin.
Imam Masjid Al-Mursyidin, Muhammad Farhan Hakimi Khairul Aizam berkata, bacaan tahlil diketuai imam bertugas dijalankan selepas solat Maghrib bermula pada Isnin hingga Ahad ini.