PUTRAJAYA – Tahap pematuhan terhadap Perintah Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (Penandaan Harga Ubat) 2025 yang mula dikuatkuasakan pada 1 Mei lepas adalah memuaskan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau sekali lagi menegaskan bahawa tiada denda atau kompaun akan dikenakan terhadap farmasi dan klinik swasta dalam tempoh tiga bulan sekiranya gagal melaksanakan pemaparan ubat kerana tumpuan Kementerian Kesihatan adalah pada aspek pendidikan terlebih dahulu.