SHAH ALAM – Sebanyak RM4.74 juta berjaya dikumpulkan melalui Tabung Prihatin Selangor bagi membantu mangsa yang terkesan dengan insiden kebakaran paip gas di Putra Heights pada 1 April lalu.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang dan memainkan peranan penting dalam usaha pemulihan insiden tersebut.