SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, Ng Sze Han dipilih sebagai Pengerusi DAP Selangor baharu menggantikan penyandang, Gobind Singh Deo.
Sze Han memperoleh 1,058 undi dan berada di kedudukan ketiga dalam kelompok 15 teratas meraih paling banyak undi dalam pemilihan DAP Selangor bagi penggal 2024-2027.