KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas), Datuk Syed Yasir Arafat Syed Abd Kadir akan melepaskan jawatannya pada 31 Mac 2025 selepas 15 tahun menerajui syarikat itu secara transformatif.
Menurut syarikat ekuiti persendirian berkaitan kerajaan itu dalam kenyataan pada Khamis, Aliff Omar Mohamad Omar, yang kini merupakan Pengarah Kanan Pelaburan akan mengambil alih peranan sebagai pemangku CEO berkuat kuasa 1 April 2025.