PERCATURAN Syarul Ezani untuk kembali aktif dalam dunia lakonan selepas ‘menghilang’ selama 15 tahun ternyata membuahkan hasil.
Meskipun ada yang menyangka lelaki berusia 36 tahun itu aktor baharu, namun pemilik nama penuh Syarul Ezani Mohamed Ezzudeen membuktikan dia mempunyai bakat besar untuk dipertaruhkan.