SHAH ALAM – Pemergian Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh baru-baru ini tidak akan melemahkan semangat perjuangan Palestin, sebaliknya membuatkan rakyat di negara itu lebih kental dan penentangan terhadap Israel semakin meningkat.
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, sejarah membuktikan bahawa golongan yang gugur atau syahid seperti Abdul Aziz Rantisi, Ahmad Yassin, Yasser Arafat, Izzudin Qassam, Qadi Amin al-Husseini dan lain-lain tidak menjadikan perjuangan Palestin merosot.