SHAH ALAM – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) melantik Datuk Dr Suzana Idayu Wati Osman sebagai Pengarah Besar bagi menggantikan Datuk Amiruddin Abdul Satar yang menamatkan perkhidmatannya pada 14 Oktober lalu.
Felda memaklumkan, pelantikan Suzana yang menjadi wanita pertama memegang jawatan itu mencerminkan pengiktirafan terhadap peranan wanita dalam menggerakkan pembangunan ekonomi negara.