SHAH ALAM – Seorang wanita yang ditahan berhubung siasatan laporan kes penipuan RM95,180 yang dibuat isteri kepada pelakon dan pelawak Along Cham dikesan mempunyai lima rekod kes penipuan di empat negeri.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, rekod yang dilaporkan melibatkan kes di Sabah, Negeri Sembilan, Kedah dan Selangor.