Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Balik Pulau Cougars mencipta sensasi apabila dinobatkan selaku juara Super Schools Rugby Malaysia 2025 buat kali pertama selepas menewaskan jaguh dua kali iaitu Victoria Institution (VI) di Putrajaya, semalam.
Ketua jurulatih MRSM BP Cougars, Izzuwan Ahmad Sukri, berkongsikan hasratnya sebelum ini untuk membawa nama MRSM setanding pasukan gergasi lain tercapai selepas lapan tahun memacu pasukan itu.