KUALA LUMPUR – Rakan pengedar perintis yang dilantik oleh Zeekr Malaysia, Sunway Marketing Sdn Bhd memperkukuh lagi operasi automotifnya menerusi pelaburan melebihi RM10 juta bagi membangunkan dua fasiliti utama untuk jenama kenderaan elektrik (EV) premium, Zeekr, di Sunway City.
Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Trading & Manufacturing, Yeoh Yuen Chee berkata, pelaburan itu sejajar dengan strategi jangka panjang syarikat untuk meningkatkan segmen kenderaan tenaga baharu (NEV) yang sedang berkembang pesat di Malaysia.