IPOH – Meskipun dana RM1.8 juta yang diperlukan oleh Masjid Ar-Ridzuan, Alor Pongsu untuk menebus tanah yang telah dijual telah mencukupi, sumbangan Jumaat daripada masjid-masjid seluruh Perak tetap akan diteruskan.
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Harith Fadzilah Abdul Halim berkata, pihaknya hanya mengetahui mengenai kecukupan dana tersebut melalui sumber media sosial.