KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat untuk bersama lebih 50,000 pengunjung bagi meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Negeri Pahang yang berlangsung di Padang Majlis Bandaraya Kuantan 1 (MBK1) dekat sini pada Sabtu.
Lebih istimewa, tahun ini merupakan tahun pertama Al-Sultan Abdullah berangkat selaku tetamu utama sebagai Sultan Pahang setelah selamat menyempurnakan pemerintahan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-16 selama 5 tahun di Istana Negara.