KUANTAN – Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak dapat menahan sebak ketika bertitah mengenai perkahwinan puterinya Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, yang akan berlangsung pada minggu ini.
Al-Sultan Abdullah dilihat mengesat air mata dan tidak dapat meneruskan titah baginda ketika mendoakan perkahwinan puterinya bersama pasangan Fd Idzham Fd Iskandar dipermudahkan ALLAH SWT dan berjalan lancar, sebelum Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang berada di sebelah baginda menyambung titah tersebut.