KUCHING – Terengganu mendominasi sukan berbasikal apabila meraih dua pingat emas dalam acara lepas beramai-ramai individu dan berpasukan lelaki Sukan Malaysia (Sukma) 2024 hari ini.
Muhamad Iqbal Daniel Mohd Nawawi, 20, meraih pingat emas acara individu selepas menamatkan saingan sejauh 146.4 kilometer (km) di Lebuh Raya Pehin Sri Adenan Satem di sini dengan catatan masa 3 jam 39 minit 16 saat.