LEBUH Raya Pehin Sri Adenan Satem di sini terus menjadi ‘lubuk emas’ buat skuad berbasikal Terengganu apabila menambah dua lagi pingat emas menerusi acara lepas beramai-ramai individu dan berpasukan lelaki Sukan Malaysia (Sukma) 2024 pada Khamis.
Dua emas itu diperoleh daripada Muhamad Iqbal Daniel Mohd Nawawi dalam kategori individu yang pada masa sama membantu acara berpasukan.