TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan selamat maju jaya kepada semua atlet paralimpik negara yang akan meneruskan misi memburu emas pada Sukan Paralimpik Paris 2024.
Menerusi hantaran di Facebook, Ahmad Zahid berkata, seluruh rakyat Malaysia sentiasa mendoakan kejayaan kontinjen negara dalam acara sukan berprestij itu.