Setiap 100 gram (gm) daging itu mengandungi 217 kalori, 26.1gm protein dan 4.2gm lemak berbanding kambing iaitu 258 kalori, 25.6gm protein dan 8.8gm lemak. Kebaikan lain boleh diperoleh daripada memakan daging baik kambing atau lembu ialah zink, zat besi, potassium, magnesium, selenium dan vitamin seperti B, K dan D.
Membakar adalah kaedah paling ideal untuk memasak daging tanpa penggunaan banyak minyak. Haba daripada dulang pembakar menyentuh makanan secara langsung sekali gus mengedapkan bahagian luarnya.