KEMENTERIAN Belia dan Sukan percaya sudah tiba masanya jaguh berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom menjadi sandaran utama Malaysia untuk menyinar pada kejohanan antarabangsa akan datang.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh optimis Muhammad Shah atau lebih dikenali Shah Firdaus mampu menggalas tanggungjawab itu, sekali gus menggantikan posisi Datuk Mohd Azizulhasni Awang.