SETELAH lebih sedekad tidak muncul dengan karya baharu, penyanyi popular Datuk Nora Ariffin kembali dengan naskhah penuh emosi berjudul Sudah Tertulis, sekali gus membuka lembaran baharu dalam kerjaya seninya.
Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin, 53, berkata, lagu itu merupakan luahan peribadi kisah perjalanan hidup tentang takdir yang tertulis untuk dirinya.