KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) kini sedang mengkaji semula sasaran Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) susulan kejayaan sektor pelancongan negara yang melebihi jangkaan awal.
Menteri Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, sasaran asal 36 juta pelancong antarabangsa mungkin akan dinaikkan selepas Malaysia berjaya menarik 38 juta pelancong pada 2024, jauh melebihi ramalan yang dibuat.