KUALA LUMPUR – Persatuan pengguna menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) supaya mengambil pendekatan lebih proaktif bagi memantau harga runcit telur ayam di seluruh negara susulan keputusan kerajaan menamatkan subsidi telur bagi mengelakkan sebarang aktiviti mengaut keuntungan berlebihan.
Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Dr T Saravanan berkata, pemantauan itu perlu merangkumi pengawasan ketat terhadap Indeks Harga Pengguna (IHP), tindakan tegas terhadap kenaikan harga bersifat oportunis, serta jaminan bahawa mekanisme penetapan harga kekal telus dan adil.