KUALA LUMPUR – Kaedah dan mekanisme penyasaran subsidi petrol RON95 yang dicadang dilaksanakan pada pertengahan tahun depan, masih sedang diperhalusi oleh Kementerian Kewangan (MOF).
Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abd Munim berkata, pada masa ini, sesi libat urus bersama semua pihak berkepentingan giat dijalankan, untuk membincang dan mencari kaedah yang terbaik.