SHAH ALAM – Kerajaan perlu mempertimbangkan mekanisme lebih menyeluruh dalam melindungi perniagaan daripada kesan kenaikan kos akibat penyasaran subsidi minyak petrol RON95 di bawah Belanjawan 2025.
Presiden Persatuan Pengilang & Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia, Datuk Azman Yusof berkata, antara langkah boleh dilakukan termasuk menawarkan rebat tenaga, program insentif untuk kenderaan cekap tenaga, atau sokongan logistik bagi perniagaan yang terjejas.