SHAH ALAM – Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) menegaskan tidak ada keperluan untuk menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dalam kes melibatkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).
Pengarah Eksekutif, Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Sevan Doraisamy berkata, ini kerana polis sudah mempunyai masa mencukupi untuk mengumpul bukti bagi meneruskan pendakwaan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 serta Seksyen 130V Kanun Kesiksaan.