JEMPOL – Seorang suami tergamak menikam isterinya di bahagian rusuk kiri dengan pisau selepas berlaku selisih faham antara mereka dalam kejadian di sebuah rumah flat di Bahau di sini, pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Jempol,Superintenden Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima laporan polis pada jam 9.30 pagi daripada seorang lelaki mengenai kejadian membabitkan kakaknya.