KUANTAN – Suami kepada pelakon dan peragawati terkenal, Zahnita Wilson dihadapkan di Mahkamah Majistret di Kuantan pada Khamis atas dua pertuduhan berkaitan dadah dan mendatangkan kecederaan terhadap isterinya.
Bagi kes pertama di hadapan Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat, tiada pengakuan direkodkan daripada Abd Zackery Ghouse Abd Gafoor, 46, berhubung pertuduhan berkaitan penggunaan dadah.