SUNGAI PETANI – Sepasang suami isteri nyaris maut selepas kenderaan dinaiki terbakar dalam kejadian dekat kawasan perumahan SP Saujana di sini, kira-kira jam 6.15 petang Rabu.
Kedua-dua mangsa yang dalam perjalanan dari arah SP Saujana ke Ambangan Heights bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri sebelum kebakaran merebak ke keseluruhan bahagian kenderaan.