RAUB – Sepasang suami isteri maut manakala dua anak cedera selepas kereta dinaiki mereka dirempuh oleh sebuah pacuan empat roda yang dipercayai melanggar lampu isyarat merah di Kilometer (KM)350 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu dekat lampu isyarat Lingkaran Tengah Utama (LTU) Batu 3, Jalan Lipis di sini pada Khamis.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 malam itu, mangsa, Muhamad Anasar Kamarozaman,34 yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan Zalina Ali, 40, meninggal dunia di tempat kejadian.