SHAH ALAM – Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 mula disalurkan bermula Rabu melalui pengkreditan dalam akaun bank dan memanfaatkan hampir 9 juta penerima.
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah bantuan berkenaan meningkat RM2.3 bilion berbanding RM2.1 bilion tahun lalu dan akan mula disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) berperingkat mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.