NIBONG TEBAL – Kementerian Pendidikan (KPM) terus komited memperkasakan Tingkatan Enam sebagai antara laluan utama pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke menara gading, selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, penjenamaan semula Tingkatan Enam merupakan usaha strategik yang inklusif dan berdaya saing demi memastikan akses pendidikan berkualiti dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.